BERITA SEMASAPOLITIK

Dr Samsuri sifatkan pelantikan Pengerusi PN tugas berat

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu dilantik, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tanggungjawab baharu yang dipikulnya amat besar dalam harapan yang tinggi oleh pelbagai pihak serta rakyat terhadap gabungan itu.

Dalam kenyataan medianya, Dr Ahmad Samsuri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui PN.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN sejak penubuhan gabungan itu, bersama barisan kepimpinan MPT PN yang membina asas muafakat politik sehingga berjaya mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Pelantikan Menteri Besar Terengganu itu diputuskan sebulat suara oleh semua Presiden parti anggota PN serta barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (MPT PN) dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama kepimpinan MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan-jawatan penting selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan PN.

“Keutamaan ketika ini adalah untuk memperkukuh muafakat politik ini serta melaksanakan penambahbaikan dari segi struktur dan gerak kerja, agar PN dapat terus menjadi nukleus harapan rakyat,” katanya.

Pelantikan Ahmad Samsuri berkuat kuasa serta-merta bermula 22 Februari 2026 bersamaan 4 Ramadan 1447 Hijrah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button