
Laluan empat ‘pintu’ utama ke Cameron Highlands kini selamat dilalui
KUALA LUMPUR – Semua laluan masuk menuju ke Cameron Highlands kini selamat dilalui orang ramai selepas beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan peranginan itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, keadaan di empat laluan utama iaitu dari Simpang Pulai dan Tapah (Perak), Gua Musang (Kelantan) dan Sungai Koyan (Pahang) kini kembali normal dan boleh digunakan.
Justeru katanya, orang ramai termasuk penduduk setempat, pelancong dari dalam dan luar negara tidak perlu bimbang untuk masuk ke daerah itu.
“Kami sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di semua laluan keluar dan masuk membabitkan dari Tapah, Simpang Pulai, Sungai Koyan dan Gua Musang.
“Notis pemberitahuan mengenai keadaan semasa laluan ke Cameron Highlands telah pun diumumkan pihak berkuasa sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kebimbangan orang ramai sebelum ini tercetus ekoran kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di destinasi percutian itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |