BERITA SEMASAPOLITIK

Che GuBard tawar diri sebagai Ketua Bahagian BERSATU di Port Dickson

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che GuBard menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Port Dickson dalam pemilihan Parti BERSATU pada 2 November ini.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk berada dalam saf pimpinan BERSATU selepas menjadi ahli parti ini sejak 2020 yang lalu, lapor Harian Metro.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson bagi memimpin parti di peringkat Bahagian dan saya mahu bermula di sini.

“Saya dapat tahu ada pihak yang berkempen konon Che GuBard tak layak jadi Ketua Bahagian sebab terlalu lantang dan sentiasa risiko ditahan pihak berkuasa, namun ingin saya tegaskan, inilah perjuangan selagi kita bergelar pembangkang,” katanya.

Che GuBard turut memberi jaminan kempennya bagi pemilihan itu tidak akan menyerang pesaingnya kerana beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu kerana ada agenda yang mahu disumbangkan kepada parti.

“Parti ini wajib menjadi juara isu rakyat, parti ini wajib menjadi sandaran harapan rakyat, parti ini wajib ada perancangan menumpu latihan dan pengkaderan, BERSATU harus menjadi pelopor supaya Perikatan Nasional menjadi payung besar kekuatan rakyat,” katanya.

Dalam pertandingan merebut jawatan itu beliau akan ditentang Datuk Zamri Md Said.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button