
Syarat bebas cukai Pulau 1, Forest City perlu tinggal 48 jam
KUALA LUMPUR – Individu yang ingin membawa keluar barangan bebas cukai dari Pulau 1, Forest City perlu menetap di pulau itu sekurang-kurangnya 48 jam.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat itu juga terpakai bagi barangan bebas cukai di Langkawi dan Tioman, manakala bagi Pangkor dan Labuan, tempoh minimum ditetapkan adalah 24 jam.
“Di Pulau 1, Forest City, hanya empat jenis barangan bebas cukai dibenarkan iaitu coklat, minuman beralkohol, kosmetik dan minyak wangi.
“Selain itu, mana-mana individu yang ingin membawa keluar barangan ini dari Pulau 1, Forest City perlu menetap di pulau berkenaan sekurang-kurangnya 48 jam bagi melayakkan mereka mendapat pengecualian cukai atau duti, mengikut had kuantiti yang ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) yang meminta penjelasan sama ada syarat pulau bebas cukai bagi Pulau 1, Johor (Forest City) adalah sama seperti pulau bebas cukai lain seperti Labuan, Langkawi, Pangkor dan Tioman.
Anwar yang juga Perdana Menteri menegaskan, secara prinsipnya syarat bagi semua pulau bebas cukai adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kastam 1967.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |