Bisnes & Ekonomi

Pak John Steamboat, BBQ & Dim Sum tawar 120 menu, temasuk daging premium tanpa had

SHAH ALAM – Lazat dan berkualiti. Itu jaminan kepuasan yang bakal dinikmati sekiranya anda menjamu selera di Pak John Steamboat, BBQ & Dim Sum.

Menawarkan lebih 120 menu makanan, pengunjung turut boleh menikmati daging premium tanpa had, seperti Australian Beef Slices, New Zealand Beef Slices, New Zealand Lamb Slices dan juga Smoked Duck Breast Slices.

Selain itu, makanan laut segar seperti kepah, lala dan sotong, udang juga tersedia selain pilihan bebola ikan, kek ikan, isi ketam turut disediakan.

Lebih menarik, Pak John turut menawarkan
menu Dim Sum dan sushi, selain bufet seperti nasi goreng, spageti karbonara, sayur campur goreng, sambal sotong, ayam masam manis dan pelbagai makanan sejuk beku juga disediakan.

Pengunjung juga boleh memilih lima jenis kuah steamboat iaitu sup tomyam, sup udang, sup ikan, sup ayam dan sup kimchi.

Dalam pada itu, pencuci mulut seperti wafer, ABC, cendol, pelbagai jenis kek dan aiskrim turut menanti pengunjung.

Bagi tawaran istimewa pula, Pak John menawarkan promosi beli enam percuma satu pada hari biasa iaitu Isnin hingga jumaat, harga istimewa untuk pelajar serta makan percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Sebagai rekod, Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat kini mempunyai enam cawangan dan cawangan selain Great Eastern Mall ialah IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall, Suria KLCC, Aeon Mall Shah Alam dan Aeon Kota Bharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button