BISNES & EKONOMI

Mohd Irwan dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pelantikan tersebut adalah berdasarkan ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang menggalas tugas sebagai Pemangku Pengerusi sejak 1 November 2022 lalu.

“KUSKOP berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau untuk menggalas amanah serta mendukung misi dan visi Bank Rakyat dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan yang progresif selari dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis
Osman berkata, jawatankuasa pengurusan dan seluruh warga kerja Bank Rakyat mengalu-alukan pelantikan berkenaan.

“Menerusi pengalaman luasnya, beliau dapat memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan pelan strategik jangka panjang yang meletakkan Bank Rakyat pada landasan yang tepat untuk mencapai prestasi yang mampan di samping menyampaikan pengalaman terbaik pelanggan,” tambahnya.

Mohd Irwan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat serta pengurusan pematuhan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 24 Julai 2020.

Beliau juga menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button