BISNES & EKONOMI

In Saff Travel lancar cabutan bertuah dengan nilai RM100,000

PUTRAJAYA – Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan, agensi pelancongan umrah, In Saff Travel & Tour Sdn Bhd, menawarkan pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Cabutan bertuah hadiah bernilai RM100,000 itu terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dan menunaikan ibadah umrah bersama In Saff Travel dari Januari 2024 hingga 2026. 

Menurut salah seorang Lembaga pengarah In Saff, Mohd Fahmi Mohd Nawi, cabutan bertuah bernilai RM100,000 itu akan dijalankan menerusi tiga sesi berbeza.

“Kami lancarkan program khas ini sempena ulang tahun ke-10 untuk pelanggang bertuah yang mendaftar dan terbang bersama kami. Ini adalah kami pertama program seumpama ini dijalankan.

“Antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah kereta Proton Saga, Motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah.

“Cabutan pertama akan dilakukan pada Januari 2025 nanti,” katanya ketika ditemui pada Saudi Travel Fest yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.

Sebagai rekod, In Saff Travel diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Ummul Qura Universiti di Makkah Al Mukarramah antaranya Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohd Fahmi menjelaskan, In Saff juga menawarkan pakej umrah mampu milik serendah RM4970.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi.

“Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak tunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej. Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

“Terdapat juga pakej umrah transit bernilai RM3,990 untuk enam hari dan tiga malam. Malah In Saff turut menyediakan pakej umrah 32 hari dan 30 malan bernilai RM7,970,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button