BISNES & EKONOMI

El Ocho Mexican Eatery kini dibuka di Melaka

MELAKA – El Ocho Mexican Eatery bersama MN Coffee secara rasminya mengumumkan rangkaian restoran dan kafe baharu mereka yang kini boleh dikunjungi di Melaka.

Terletak di No 35, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, Melaka, El Ocho Mexican Eatery bersama MN Coffee bakal menjadi antara tarikan buat pelancong yang ingin menikmati hidangan Mexico bersama gabungan kopi.

Rangkaian restoran berkonsep hidangan Mexico yang telah digabungkan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera tempatan itu harus menjadi destinasi untuk dikunjungi di bandaraya bersejarah itu.

Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan, termasuk tacos enchiladas, dan quesadillas, yang semua disiapkan menggunakan bahan-bahan segar dan rempah asli.
 
Katanya, gabungan ini mempromosikan inklusiviti budaya, memungkinkan orang Malaysia dari berbagai latar belakang untuk menikmati masakan Mexico dengan lebih selesa, kerana El Ocho Mexican Eatery merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.
 
“Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan di El Ocho Mexican Eatery termasuklah Pulled Beef Tacos, satu hidangan Mexico yang menawarkan kombinasi tekstur lembut daging yang telah dimasak perlahan dan kekayaan rasa yang luar biasa.
 
“Hidangan ini bukan hanya menarik dari segi rasa tetapi juga mudah disesuaikan dengan pelbagai selera dan bahan tambahan, menjadikannya pilihan popular di El Ocho Mexican Eatery,” katanya.

Selain itu, MN Coffee turut menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal.

Kedua-dua tempat ini dirancang dengan suasana yang nyaman dan dekorasi yang menarik, sekali gus menjadikan ia ruang yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati kopi.

Mengulas lanjut, Arieni Ritzal berkata,
El Echo Mexican Eatery ditubuhkan selepas salah seorang cef di Gula Cakery Group mempunyai kemahiran menyediakan hidangan Mexico.

“Memandangkan dirinya juga amat meminati hidangan Mexico yang kaya dengan kepelbagaian rempah ratus, El Echo Mexican Eatery dibuka secara rasminya pada 2022 di Setia Alam, Selangor.
 
“Segala menu yang terdapat di El Echo Mexican Eatery dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery yang berkebolehan dalam pelbagai jenis makanan,” katanya.

Sebagai rekod, El Ocho bermaksud “Nombor 8” yang melambangkan gabungan lapan individu penting di dalam team El Ocho Mexican Eatery.
 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button