
CBP jalin kerjasama dengan MAIWP, agih zakat RM60,000 untuk asnaf
KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu usahawan asnaf di sini menerusi Agihan Zakat CBP Musa’adah.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pihaknya mengagihkan zakat sebanyak RM60,000 kepada usahawan-usahawan asnaf yang telah dikenalpasti oleh MAIWP di sekitar Kuala Lumpur.
“CBP sering mendekati masyarakat menerusi program-program kemasyarakatan menerusi CB-Prihatin, agihan Kotak Rezeki dan program Back To School kepada mereka yang memerlukan daripada golongan asnaf dan B40.
“Setiap usahawan menerima agihan zakat sebanyak RM5,000 seorang dengan jumlah agihan adalah sebanyak RM60,000. Seramai 12 penerima telah dikenalpasti oleh MAIWP yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairil Anuar berkata, pihaknya turut berharap dengan bantuan zakat yang diserahkan ini, ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima untuk memajukan lagi perniagaan mereka.
Katanya lagi, untuk rekod, CBP mengagihkan wakalah zakat berjumlah RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf yang berkelayakan.
Beliau berkata, bagi fasa 1 dan fasa 2, jumlah wang agihan zakat ini merangkumi lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Pahang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






