BISNES & EKONOMI

Bekas Ketua PKR Perak ambil alih jawatan Pengerusi 7-Eleven, ganti anak Vincent Tan

PETALING JAYA – Bekas Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, mengambil alih jawatan Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching yang berundur untuk “meneruskan minat lain”, lapor FMT.

Menurut 7-Eleven, Farhash memiliki pengalaman lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat.

“Farhash adalah atau pernah menjadi pengarah, pemegang saham dalam sekurang-kurangnya 10 syarikat swasta, termasuk Swag Technologies Sdn Bhd dan Pacific Samudera Sdn Bhd,” kata 7-Eleven dalam pemfailan bursa saham hari ini.

Untuk rekod, Robin yang juga anak kepada taikun Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama rangkaian kedai serbaneka itu dengan kepentingan sebanyak 41.8 peratus.

Related Articles

Robin dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan pada 25 Nov 2021.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button