
Bank Rakyat terima dua anugerah antarabangsa atas tanggungjawab komuniti
KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menerima dua pengiktirafan antarabangsa yang mengiktiraf komitmen berterusannya dalam menyokong komuniti dan memacu keterangkuman kewangan serta kelestarian alam sekitar melalui aktiviti Jangkauan Komuniti di samping inisiatif perbankan yang bertanggungjawab.
Bank itu diiktiraf sebagai ‘Most Socially Responsible Bank’ di Anugerah Kewangan Antarabangsa Ke-12 yang berlangsung di Waldorf Astoria Bangkok, Thailand dan turut menerima anugerah Best Environmental Excellence Award di 17th Annual Global CSR and ESG Awards 2025 di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, sebagai Institusi Kewangan Pembangunan, ia harus memainkan peranan penting dalam memupuk kesejahteraan ekonomi serta sosial.
Pengiktirafan itu juga memberi motivasi untuk terus meningkatkan impak positif dalam kalangan masyarakat dan komuniti setempat.
“Pada masa depan, Bank Rakyat berdedikasi untuk terus mengintegrasikan kemampanan dalam seluruh operasi dan strategi perniagaan Bank, di samping menggiatkan usaha untuk membangunkan penyelesaian baharu dan bekerjasama dengan rakan strategik serta institusi yang sealiran untuk memangkinkan impak sosial yang positif,” kata Bank Rakyat.
Pelaksanaan inisiatif Jangkauan Komuniti yang direncana sepanjang tahun seperti program Kebun Nuri Nutrisi dan inisiatif kesukarelawanan BaktiRAKYAT menjadi agenda utama Bank Rakyat.
Program tersebut bertujuan meningkatkan kebajikan masyarakat dan memenuhi keperluan sosioekonomi semasa golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan kumpulan yang tidak atau kurang diberi perhatian.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |