BERITA SEMASA

Zambry dilantik semula Setiausaha Agung, Johari Ghani kekal Bendahari Agung BN

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam bersetuju melantik semula Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung parti itu.

Selain Zambry, mesyuarat tersebut turut meluluskan pelantikan semula Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN.

Dalam satu kenyataan semalam, Zambry memaklumkan pelantikan semula beliau dan Johari adalah selaras dengan Fasal 8.3(D) dan 8.3(E) Perlembagaan BN.

“Mesyuarat ini diadakan dengan tekad untuk memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan bertekad untuk terus bersatu di bawah payung BN,” katanya.

Untuk rekod, Zambry telah memegang jawatan Setiausaha Agung BN sejak Jun 2021 manakala Johari dilantik sebagai Bendahari Agung pada April 2023.

Zambry turut mengesahkan mesyuarat tersebut membincangkan kesiapsiagaan penuh BN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Kestabilan politik di Sabah adalah kunci untuk memperkukuhkan keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Di Bawah Bayu,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button