BERITA SEMASADALAM NEGERI

YSIJ sumbang 1,000 bakul makanan kepada warga Kluang

KLUANG – Seramai 1,000 keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini menerima manfaat daripada inisiatif kebajikan anjuran Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menerusi penyampaian sumbangan bakul makanan, kelmarin.

Program yang melibatkan komuniti di kawasan Mahkota dan Machap itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan YSIJ dalam membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan, selaras dengan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dalam memperkasa kesejahteraan rakyat.

Azurawati menerima sumbangan tersebut daripada wakil YSIJ, Mohd Anizam Jamian.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Kluang, Azurawati Wahid dan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Mohd Fa’iz Salehon sebelum diagihkan kepada penerima.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah, yang menzahirkan penghargaan kepada YSIJ atas keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat.

Sementara itu, Azurawati berkata, sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu kelangsungan hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

“Saya amat menghargai usaha YSIJ yang sentiasa konsisten dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Johor tidak kira di bandar atau pedalaman” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Majlis berlangsung di Balairaya Taman Sri Kluang 1 bagi komuniti Mahkota dan Dewan Orang Ramai Simpang Renggam bagi komuniti Machap.

Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button