BERITA SEMASA

YDPA titah perkembangan ekonomi yang baik dapat dinikmati semua rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya perkembangan ekonomi negara yang baik tahun lalu dapat dinikmati semua rakyat, dan tidak hanya menguntungkan kumpulan tertentu.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa sukacita dengan prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin baik, menyaksikan nilai ringgit kembali kukuh serta kadar pengangguran kekal rendah.

“Saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan di atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan ini, saya harap terus dipertingkatkan.

“Namun begitu kerajaan hendaklah menentukan agar prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-15, di sini hari ini.

Baginda turut menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar yang telah berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

“Namun saya menggesa supaya subsidi bersasar itu diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan benar-benar layak sahaja,” titah baginda lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button