YDP Agong berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Keputeraan
KUALA LUMPUR – Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2025, di sini semalam.
Majlis itu berlangsung di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa dan dihadiri kira-kira 600 tetamu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 5.20 petang disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul serta Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Program bacaan Yasin dan doa selamat tersebut dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Ahmad Hosni.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum berangkat pulang.
Majlis itu mencerminkan semangat kesyukuran dan kebersamaan rakyat bersama pemimpin tertinggi negara dalam mendoakan kesejahteraan dan keberkatan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








