BERITA SEMASA

Yadim, MAIM kutuk pembunuhan anak Ismail Haniyeh

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mengutuk serangan Israel yang membunuh 7 ahli keluarga pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh, baru-baru ini.

Presiden Yadim dan MAIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, serangan itu jelas membuktikan Israel tidak mematuhi mana-mana prinsip kemanusiaan dan moral dalam jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

Katanya, tindakan itu juga adalah bukti keterdesakan tentera kerajaan haram itu menutup kegagalan mengalahkan Hamas.

“Malangnya, dalam sejarah jenayah yang tidak pernah dilihat sebelum ini, banyak pihak yang mengaku penyokong hak asasi manusia hanya berdiri sebagai pemerhati.

“Sikap berdiam diri dan bersubahat mereka hanyalah alasan yang membenarkan rejim Zionis membantai rakyat Palestin secara berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serangan udara berhampiran Kem Al-Shati pada 1 Syawal lalu, tiga orang anak lelaki dan empat cucu maut Ismail maut dibom.

Hasanuddin berkata, Yadim dan MAIM
mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Ismail dan mendoakan mereka diberikan kekuatan dalam memperjuangkan rakyat Palestin.

“Saya mengucapkan takziah kepada anda sekeluarga dan berdoa kepada Allah semoga mereka diberikan syahid.

“Kami berdiri bersama anda dengan sokongan dan solidariti kami ketika saat yang sukar ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button