
YADIM kecam insiden bakar al-Quran di Sweden
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia (YADIM) mengecam keras tindakan membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm baru-baru ini
Menurut badan dakwah itu, YADIM menggesa semua pihak untuk melihat Islamophobia sebagai satu perkara yang perlu diatasi segera di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
“YADIM akan terus mengadakan dialog peradaban merentasi budaya dan agama untuk bantu beri pencerahan isu ini.
“Tindakan biadap tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang faedah kepada
pelaku dan golongan yang menyokongnya, malah akan mengundang bahaya tindak balas daripada pihak yang cenderung kepada kelakuan ekstremis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, YADIM akan terus konsisten untuk memupuk semangat perpaduan bagi membentuk masyarakat yang sentiasa rahmah dalam menyokong aspirasi Malaysia Madani.
Katanya, program-program anjuran YADIM akan sentiasa menerapkan elemen perpaduan, rahmah, kasih sayang dan semangat kebersamaan.
“YADIM menyeru umat Islam agar berhati hati ketika berbicara mengenai agama
suci ini agar tidak dipandang serong oleh bukan Islam.
“Pada masa yang sama, badan dakwah ini ingin menyeru semua pihak di negara ini agar kekal bertenang dan tidak bertindak balas dalam sebarang bentuk yang boleh membawa kepada mudarat,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |