
WHO sifatkan angka korban di Gaza ‘mengerikan’
LONDON – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa agar pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan susulan angka korban kini mencecah 20,000 orang.
“Saya telah kehilangan kiraan berapa kali saya berfikir konflik di Gaza tidak boleh menjadi lebih mengerikan. Tetapi ia telah berlaku lagi,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata jumlah mangsa yang terbunuh di wilayah yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah `mengerikan’ dan `mempersendakan umat manusia’.
“Kengerian itu tidak berkesudahan bagi mereka yang terperangkap dalam apa yang telah menjadi neraka di bumi,” kata Tedros.
Menurut Tedros, secara purata kira-kira 300 terbunuh setiap hari di wilayah yang dikepung itu.
Tedros berkata, sistem penjagaan kesihatan di Gaza semakin teruk apabila hanya sembilan daripada 36 hospital di wilayah itu berfungsi dengan tiada satu pun yang beroperasi di utara Gaza.
“Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan. Kami memerlukan #CeasefireNOW,” tegas Tedros.
Konflik antara Israel dan Hamas sejak 7 Oktober lalu meragut lebih 20,000 nyawa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain menyebabkan kebuluran penduduk serta pengusiran pada skala besar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |