BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wee Hock Kee dilantik ahli suruhanjaya MAVCOM

KUALA LUMPUR – Bekas presiden Institut Juruaudit Dalaman (IIA) Malaysia dan Persekutuan Institut Juruaudit Dalaman Asia, Wee Hock Kee dilantik sebagai ahli suruhanjaya terbaharu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 13 Feb 2025.

MAVCOM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Wee dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan Seksyen 5(1)(c) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Beliau merupakan Felo Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom) dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Audit Serantau bagi Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika di AstraZeneca PLC (United Kingdom).

Wee juga pernah menjadi Ahli Lembaga IIA Global, Ahli Majlis Penasihat ACCA Malaysia, serta Pengerusi Kumpulan Kerja Audit Dalaman di Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Beliau ketika ini merupakan Ahli Fakulti dan Felo di Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) serta ahli Singapore Institute of Directors (SID).

Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, kepakaran Wee dalam tadbir urus, pengurusan risiko, dan kawalan dalaman, serta pemahamannya mengenai kepimpinan dan pembangunan lembaga pengarah dalam sektor awam dan swasta akan memperkukuh pengawasan serta hala tuju strategik MAVCOM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button