BERITA SEMASA

Waspada laman sesawang palsu menyamar platform rasmi MOTAC

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mengingatkan orang ramai supaya brwaspada mengenai kewujudan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

MOTAC dalams atu kenyataan hari ini berkata, laman sesawang palsu itu adalah https://www.motacgov.com/semakan/tobtab/#/ dan https://www.motacgov.com/#/.

“MOTAC memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang ramai dan berpotensi menyebabkan penipuan.

“Laman sesawang palsu ini mungkin digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna dengan maklumat yang tidak sah atau menyalurkan perkhidmatan yang tidak diiktiraf,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan itu, MOTAC menegaskan semua maklumat rasmi mengenai syarikat pelancongan dan pemandu pelancong berlesen hanya boleh diakses melalui laman sesawang rasmi MOTAC iaitu https://www.motac.gov.my/.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak ketulenan laman sesawang sebelum melakukan sebarang urusan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“MOTAC juga sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyekat dan menutup laman sesawang palsu tersebut,” katanya lagi.

MOTAC turut berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai laman sesawang mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan berkaitan perkara ini boleh melaporkan kepada MOTAC melalui saluran:Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) https://motac.spab.gov.my/, menerusi emel (ukk@motac.gov.my) atau menghubungi talian hotline 03-8000 8000

“MOTAC komited untuk melindungi kepentingan pelancong dan pemain industri pelancongan yang berlesen.

“Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai bagi memastikan sektor pelancongan negara terus berkembang dengan selamat dan berintegriti,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button