BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wartawan veteran Sarawak, James Ritchie meninggal dunia

KUCHING – Wartawan veteran Sarawak, James Alexander Ritchie dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada usia 75 tahun hari ini.

Berita kematiannya disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Robert Jacob Ridu yang juga ahli keluarga mendiang.

“Dukacita dimaklumkan bahawa wartawan veteran James Ritchie telah meninggal dunia.

“Beliau meninggal dunia dengan tenang di SGH hari ini,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

James Ritchie merupakan antara wartawan berpengalaman dan telah berkhidmat dalam pelbagai syarikat media sejak 1970-an.

Mendiang juga merupakan penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

Antara jawatan media pernah disandang beliau ialah wartawan New Straits Times Sarawak pada 1981, pegawai perhubungan awam di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (1998) dan perunding media untuk Sarawak Digest (2022).

Jawatan lain termasuk penulis khas Sarawak Tribune pada 2022, penasihat editorial dan pengarah eksekutif Eastern Times (2006) dan pengarah eksekutif New Sarawak Tribune (2010).

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button