
Wartawan Malaysiakini tidak mengaku salah terima rasuah RM20,000
SHAH ALAM – Seorang wartawan Malaysiakini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada ejen pekerja asing warga Pakistan pada Februari lalu.
Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk menurunkan dan tidak memuat naik sebarang artikel berkaitan kartel pekerja asing Pakistan di laman web Malaysiakini.
B Nantha Kumar, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Datuk Mohd Nasir Nordin di Mahkamah Sesyen hari ini.
“Saya faham pertuduhan itu dan saya tidak bersalah,” katanya memetik laporan BH Online.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |