BERITA SEMASA

Warga Thailand ditemui maut di Puchong Utama, tiada unsur jenayah – polis

SERDANG – Seorang wanita warga Thailand berusia 26 tahun ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kematian mangsa disahkan oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut berkata, siasatan awal oleh pihak forensik mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris mangsa. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

“Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button