BERITA SEMASA

Warga Taiwan ditahan ceroboh kondominium di Ampang

AMPANG — Seorang lelaki warga Taiwan ditahan selepas menceroboh sebuah kondominium di Jalan Excella, Kosas 5 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari apabila suspek berusia 27 tahun itu dilihat menceroboh kawasan kondominium berkenaan sebelum dikejar dan ditahan oleh pengawal keselamatan selepas cuba melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan pada papan kekunci akses kad, dipercayai akibat perbuatan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sepasukan anggota unit peronda (MPV) dari Balai Polis Ampang yang menerima maklumat kejadian segera ke lokasi dan bertemu dengan pengawal keselamatan terbabit.

“Pengawal keselamatan memaklumkan suspek telah melakukan pencerobohan serta khianat terhadap harta benda di kawasan premis,” katanya.

Tiada barang salah ditemukan ketika pemeriksaan fizikal terhadap suspek.

Polis kemudiannya menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button