
Kes warga Taiwan maut digilis LRT di Bandar Puchong tiada unsur jenayah
SHAH ALAM – Polis mengesahkan kejadian membabitkan warga Taiwan yang maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong pada Selasa lalu, tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata kes berkenaan kekal diklafisikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Itu kita siasat di bawah SDR (mati mengejut), tiada sebarang unsur jenayah. Daripada awal memang siasat di bawah SDR.
“Kita ada semua keterangan menunjukkan bahawa dia (mangsa) jatuh atas kelakuannya sendiri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berusia 63 tahun itu berjalan berseorangan sebelum terjatuh digilis tren LRT berkenaan.
Hasil pemeriksaan kemudian menemui mangsa berada di bawah LRT itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.
Sebagai rekod, warga Taiwan itu masuk ke Malaysia pada 31 Mei lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |