BERITA SEMASA

Warga MINDEF perlu kuasai teknologi, AI untuk tingkat perkhidmatan – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR – Warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) digesa supaya memperkukuh penggunaan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi memastikan perkhidmatan awam berada pada tahap yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam menghadapi era teknologi yang berkembang pesat, keupayaan untuk mengadaptasi automasi, big data dan sistem digital adalah keperluan penting bagi setiap penjawat awam di kementerian itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 di Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan

“Pemodenan sistem perkhidmatan bukan lagi pilihan, ia adalah keperluan untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi lebih pantas, cekap dan berdaya saing,” katanya dalam amanat yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 di Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penggunaan teknologi seperti automasi dan AI mampu mengurangkan beban tugas manual dan meningkatkan kecekapan keseluruhan yang penting dalam menghadapi tuntutan perkhidmatan awam yang semakin meningkat.

“Dengan teknologi dan pendigitalan, kita dapat meningkatkan kecekapan dan bersedia menghadapi cabaran dalam perkhidmatan awam,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan teknologi canggih sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan tenaga kerja yang terlatih dan berdedikasi.

“Tenaga kerja yang kompeten dan berkemahiran adalah asas kekuatan kita. Oleh itu, kementerian perlu terus melabur dalam pembangunan kemahiran warga kerja,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa Malaysia yang kini mempengerusikan ASEAN menuntut sektor pertahanan yang semakin penting di peringkat serantau.

“Ini memerlukan kita mempertingkatkan profesionalisme dan komitmen dalam memastikan negara terus dihormati,” katanya.

Majlis pada hari ini turut meraikan seramai 304 warga awam MINDEF dan 45 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024. Selain itu, 49 pesara kementerian yang telah banyak berjasa turut dihargai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button