BERITA SEMASADALAM NEGERI

Warga emas meninggal dunia dipercayai disengat tebuan

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam kejadian di Taman Semarak, di sini kira-kira pukul 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail, mangsa yang dikenal pasti sebagai Rohani Mohd Shariff, 61, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurutnya, kejadian disedari anak lelaki mangsa ketika pulang ke rumah sebelum mendapati ibunya sedang menahan kesakitan.

“Semasa anak lelaki mangsa pulang ke rumah mendapati ibunya sedang kesakitan dan dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan,”katanya.

Wan Azharudin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya.

Difahamkan, mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan semasa berada di rumah.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button