BERITA SEMASALUAR NEGARA

Warga emas maut akibat gigi palsu

LAMPANG, THAILAND – Seorang wanita berusia 67 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas disebabkan tertelan gigi palsu dalam satu insiden di sebuah pasar di wilayah utara Lampang pada 31 Mac lalu.

Menurut laporan The Thaiger, mangsa disedari tidak sedarkan diri selepas menggunakan tandas di dalam pasar ketika dalam perjalanan pulang ke gerainya.

Orang ramai yang menyedari keadaan itu segera menghubungi pasukan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi segera memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum membawa mangsa ke hospital.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan mendapati gigi palsu mangsa tersangkut di saluran pernafasan, menyebabkan kesukaran bernafas yang membawa kepada kematian.

Meskipun usaha dilakukan untuk mengeluarkan gigi palsu tersebut, mangsa gagal diselamatkan.

Pada awalnya, seorang saksi menyangka kejadian itu berpunca daripada masalah kesihatan sedia ada iaitu hipertensi.

Bagaimanapun, pemeriksaan hospital mengesahkan bahawa punca utama kematian adalah sesak nafas akibat halangan pada saluran pernafasan.

Susulan insiden tersebut, pihak berkuasa kesihatan menasihatkan pengguna gigi palsu agar melakukan pemeriksaan berkala dan mengelakkan penggunaan gigi palsu yang rosak atau tidak dipasang dengan betul kerana ia meningkatkan risiko kecederaan atau komplikasi pernafasan yang serius.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button