
Warga emas Malaysia maut di Narathiwat
NARATHIWAT – Seorang lelaki warga emas Malaysia maut dalam insiden kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Narathiwat-Pattani berhampiran Daerah Yi Ngo, Selatan Thailand, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Yi Ngo, Naravi Binwaearong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3 petang waktu tempatan sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami dimaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke Hospital Yi Ngo dan disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai mengalami masalah tayar pecah sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas.
“Mangsa memandu bersendirian semasa kejadian. Pihak kami telah mengenal pasti identiti mangsa sebagai seorang lelaki berusia 68 tahun dari Pasir Mas, Kelantan,” katanya memetik Harian Metro.
Naravi memaklumkan pihak polis telah berhubung dengan Konsulat Malaysia di Thailand untuk tindakan lanjut, sementara mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Yi Ngo bagi urusan dokumentasi dan bedah siasat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |