Berita Semasa

Warga Astro Audio turun padang bantu mangsa kebakaran Putra Heights

SUBANG JAYA – Prihatin dengan nasib mangsa yang terjejas akibat kebakaran disebabkan paip gas bocor di di Putra Heights, baru-baru ini, sekumpulan petugas Astro Audio turun padang bagi menyantuni mereka yang kini terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), semalam.

Menurut Pengurus Jenama THR GEGAR, Eman Zaki, Astro Audio mengerakkan misi bantuan ke lokasi kejadian serta bagi melihat sendiri dengan lebih dekat kemusnahan yang berlaku di lokasi tersebut.

(Dari kiri) Deejay ERA FM, Haziq Hussni dan Shasha Nadira (kanan) sempat bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S Preakas (tengah) ketika singgah di sebuah PPS di Putra Heights, semalam. – GAMBAR IHSAN ASTRO AUDIO

“Pelbagai bentuk bantuan yang kami berikan antaranya pek makanan kepada penduduk terjejas, petugas keselamatan serta sukarelawan yang berada di lokasi berkenaan.

“Selain itu, turut diagihkan bantuan kelengkapan diri seperti perkakas mandian, dan juga bantuan persekolahan seperti alat tulis kepada anak-anak kecil yang terlibat dalam insiden ini,” kata Eman dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Astro Audio turut mengagihkan pek makanan kepada petugas sukarelawan yang terdiri daripada persatuan perlindungan haiwan yang turut sama melaksanakan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Rata-rata mereka bertungkus lumus menyelamatkan haiwan peliharaan yang masih berkeliaran dan kehilangan tuan dengan membawanya ke pusat rawatan berdekatan jika haiwan tersebut mengalami kecederaan.

“Kami dari Astro Audio terus berdoa supaya kesemua penduduk terjejas dalam insiden ini dipermudahkan urusan mereka dan tabah dengan dugaan yang dihadapi.

“Bantuan seumpama ini akan kami teruskan di masa akan datang sebagai tanda sokongan dan prihatin kami kepada golongan yang
memerlukan,” ata Eman lagi.

Dalam insiden kelmarin kebakaran kelmarin, hampir 300 kediaman mengalami kerosakan, termasuk 78 dilaporkan musnah sepenuhnya, manakala lebih 100 kenderaan milik penduduk turut terjejas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button