BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wanita tertua Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun

TOKI (Jepun) – Pada 26 April lalu, Jepun kehilangan wanita tertua di negara itu apabila Okagi Hayashi menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 115 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sebuah hospital di Wilayah Gifu, tempat kelahirannya.

Mendiang dilahirkan pada 2 September 1909, Hayashi menjalani kehidupan sederhana dan melalui pelbagai fasa sejak zaman Jepun sebelum era moden, Perang Dunia Kedua sehingga era teknologi masa kini.

Hayashi membesarkan sembilan orang anak – tujuh lelaki dan dua perempuan dan warisan keturunannya berkembang kepada 22 cucu, 36 cicit dan 12 piut.

Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu

Nilai kekeluargaan menjadi tonggak hidupnya dan beliau dikenang sebagai seorang wanita yang tabah, penyayang serta berdedikasi terhadap keluarganya.

Hayashi mengambil alih gelaran wanita tertua selepas kematian Tomiko Itooka yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Sebelum itu, mendiang tidak begitu dikenali dalam khalayak umum sehinggalah dia memenangi hati rakyat jepun sebagai lambang kesihatan dan ketabahan seorang wanita.

Kehidupan Hayashi mencerminkan gaya hidup Jepun yang mementingkan pemakanan seimbang, pergerakan harian yang sederhana, serta hubungan sosial yang erat – antara faktor yang sering dikaitkan dengan jangka hayat panjang di negara tersebut.

Pemergian Hayashi bukan sahaja satu kehilangan bagi keluarganya, tetapi juga simbolik kepada generasi berusia panjang Jepun yang semakin pupus.

Kini, gelaran wanita tertua di Jepun ‘diserahkan’ kepada Mine Kondo, wanita berusia 114 tahun, dari Wilayah Aichi.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button