Berita SemasaDalam Negeri

Wanita rugi RM1,621 akibat penipuan tempahan maid secara dalam talian

PUCHONG – Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM1,621 selepas terpedaya dengan penipuan satu iklan tempahan perkhidmatan pembersihan oleh pembantu rumah secara dalam talian.

Melalui satu perkongsian di Facebook, pemilik akaun Nhwahidah Fauzi menzahirkan rasa kecewanya apabila menyedari dirinya telah ditipu selepas melihat penyata transaksi bank yang menunjukkan jumlah wangnya telah dipotong tanpa kebenaran.

“Saya tak taulah saya ni bodoh ke apa. Nak cari cleaner untuk bersihkan rumah sewa sebab dah tinggal tiga bulan. Baru habis berpantang, nak bawa masuk baby.

Tangkap layar pautan yang diberikan oleh scammer kepada wanita tersebut untuk pembayaran. 

“Habis duit dalam akaun bank. Hari ni tiba-tiba nak cek akaun. Rasa tak sedap hati. Sedih sangat.

“Minggu depan nak masuk kerja. Duit itulah untuk belanja raya, beli pampers dan susu anak. Duit itu juga untuk survive pergi kerja,” luahnya di dalam group Facebook Taman Putra Perdana Puchong.

Tambahnya, selepas membuat laporan, bank telah membekukankannya akaunnya.

“Ya Allah, dugaan sangat. Tak tahulah nak redha ke tak sebab sakit hati. Sedih sangat. Tinggal RM10 saja dalam akaun,” tulisnya lagi.

Berdasarkan tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang disertakan, wanita itu ingin menempah perkhidmatan cucian pada harga promosi iaitu RM60 bagi tempoh empat jam.

Dia kemudian dikehendaki membayar deposit sebanyak RM10 dengan menekan link yang dipautkan oleh individu tersebut dan perlu memuat turun aplikasi yang diberikan.

Aplikasi perkhidmatan pembersihan yang perlu dimuat turun bagi membuat tempahan.

Setakat ini, perkongsian itu telah menerima 614 reaksi, 582 komen dan 1,600 perkongsian.

“Diorang scam guna apps. Kena download apps tu kononnya untuk isi details, lepas tu buat pembayaran. Ada yang kena belas-belas ribu pun ada. Taktik scam ini famous 2-3 tahun lepas. Semoga puan tabah dan saya doakan urusan puan dipermudahkan,” komen Muhammad Faris.

“Saya dah terkena juga tahun lepas dengan scammer ini. Modus operasi yang sama. Memang duit takkan dapat balik,” kata Khafainee S Othman pula.

Kejadian itu menjadi satu lagi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan iklan dan tawaran perkhidmatan dalam talian yang mencurigakan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk melakukan semakan terhadap syarikat atau penyedia perkhidmatan sebelum membuat sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan siber.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button