BERITA SEMASA

Wanita parah dirempuh balak kembali ditidurkan

KOTA BHARU – Wanita yang parah dirempuh balak dalam kemalangan di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di Gua Musang, 9 Julai lalu, kembali ditidurkan kerana jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

Perkara itu dimaklumkan kakak mangsa, Roslinda Jusoh, 40, hari ini.

Dia memaklumkan, adiknya, Siti Norelyana Kamaruzaman, 21, ditidurkan sejak semalam untuk prosedur rawatan oleh pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.

Katanya, sebelum ditidurkan, adiknya masih boleh bercakap dan dia kelihatan sangat kuat.

Roslinda juga berharap adiknya itu kembali sembuh, dan turut meminta orang ramai supaya mendoakan supaya adik kembali sihat.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.23 pagi, 9 Julai lalu, Siti Norelyana parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Susulan itu mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button