BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita maut, suami dan anak terselamat dalam nahas di Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pelabuhan Barat arah Pulau Indah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kemalangan pada pukul 1.02 tengah hari itu melibatkan motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama isteri dan anak perempuan berusia 10 tahun.

“Siasatan awal mendapati motosikal berkenaan cuba menyelit antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler lalu terjatuh di tengah jalan.

“Dalam kejadian itu, treler di hadapan tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa wanita yang juga pembonceng motosikal hingga maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ramli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat manakala suami dan anaknya hanya mengalami cedera ringan serta menerima rawatan di hospital sama.

Tambah beliau, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan memaparkan detik nahas termasuk aksi penunggang motosikal mengalihkan mayat isterinya dan mengangkat anaknya yang tertindih kenderaan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button