
Wanita maut nahas babitkan 2 kereta
PENDANG – Seorang wanita maut dalam satu kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran Petronas Bukit Sekechong, di sini hari ini.
Mangsa terbabit yang berusia 56 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Axia dan Perodua Myvi.
“Terdapat enam mangsa dalam dua buah kenderaan itu dan pemandu lelaki berusia 50-an dari salah sebuah kereta yang terbabit didapati tersepit di tempat duduk pemandu.
“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, tiga mangsa lain iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50-an dan seorang kanak-kanak yang cedera telah dikejar ke hospital.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.50 tengah hari.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Rodzuan Omar tiba di lokasi bersama tujuh anggota.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |