Berita Semasa

Wanita maut, dipercayai jatuh daripada jambatan

KLANG – Seorang wanita maut setelah dipercayai jatuh daripada jambatan Shah Alam i-City menghala ke Klang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, bilik kawalan polis Klang Utara segera menggerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.15 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota MPV polis menemukan seorang wanita yang tidak diketahui kewarganegaraannya terbaring di atas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Siasatan awal mendapati, wanita itu turut dilanggar kenderaan selepas dia terjatuh ke atas jalan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat di talian 013-373 6222,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button