
Wanita mahu melahirkan anak meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital
SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia 35 tahun yang dipercayai sedang mengalami kesakitan mahu melahirkan anak, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital semalam.
Difahamkan, wanita itu dipercayai terlebih dahulu tidak sedarkan diri, HM Online.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada pukul 5.57 petang semalam.
Laporan itu, katanya, turut memaklumkan wanita itu dan bayi dalam kandungannya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki ambulan.
“Doktor sudah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dan disahkan bayi itu turut meninggal dunia di dalam kandungan.
“Hasil semakan yang dilakukan melalui temu bual suami mangsa juga mendapati, wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.
“Berikutan itu, Pol 61 dikeluarkan untuk mengetahui sebab kematian,” katanya, hari ini.
Wan Azharuddin berkata, pemeriksaan lanjut terhadap jasad wanita itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.
Tambahnya, jasad mangsa kemudiannya dhantar ke Jabatan Forensik Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat hari ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |