BERITA SEMASA

Wanita dakwa dicabul rakan serumah ketika tidur

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipercayai dicabul oleh rakan serumahnya ketika sedang tidur di sebuah kondominium di Jalan Cheras, Khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa tersedar daripada tidur selepas menyedari beberapa bahagian tubuhnya disentuh.

“Mangsa yang terkejut segera mencapai telefon bimbit untuk menghubungi teman lelakinya namun suspek dipercayai masih meneruskan perbuatan sebelum mangsa bangun dan menyalakan lampu bilik.

“Suspek kemudiannya melarikan diri sejurus lampu dihidupkan,” katanya.

Tambah sumber, suspek kemudian menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada mangsa dengan memohon maaf dan mendakwa tersalah masuk bilik.

Tidak berpuas hati serta bimbang insiden berulang, mangsa tampil membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kes kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button