
Wanita cedera unit flat terbakar
PONTIAN – Seorang wanita cedera manakala lima lagi terselamat dalam insiden kebakaran sebuah unit rumah di tingkat satu sebuah flat empat tingkat, dekat jalan utama di sini awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, kebakaran dipercayai bermula dari bilik meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tingkat bawah bangunan flat berkenaan.
“Panggilan kecemasan diterima pada kira-kira 12.53 tengah malam.
“Susulan itu, dua jentera dari balai bomba Pontian baru dan Pontian bersama 15 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Penguasa bomba, Mahathir Mamat,” kata kenyataan itu, hari ini.
Setibanya di lokasi, anggota dimaklumkan bahawa terdapat enam mangsa terperangkap dalam semuah rumah di tingkat satu.
Mangsa yang terdiri daripada 5 lelaki dewasa dan seorang wanita tersebut kemudiannya berjaya diselamatkan.
Bagaimanapun, wanita yang berumur 38 tahun cedera pada bahagian tangan kanan dan di beri rawatan awal.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
“Kebakaran turut memusnahkan 4 buah motosikal iaitu jenis Yahama Ego, Honda RS, Honda Wave 100 dan Yamaha LC. Setiap unit motorsikal hangus terbakar lebih kurang 90 peratus.
“Bilik TNB di tingkat satu bangunan berkenaan pula terbakar hampir 10 peratus,” kata kenyataan itu lagi.
Punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |