
Polis tahan suami bunuh isteri selepas 10 hari bersalin
JAKARTA – Seorang wanita yang baru melahirkan anak 10 hari lalu ditemukan mati dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Dusun Nangasia, Desa Marada, Kecamatan Hu’u, Kabupaten Dompu, Indonesia, semalam.
Polis Dompu, AKP Zuharis berkata suspek utama merupakan suami mangsa sendiri, dikenali sebagai SYA, 28 tahun.
“Mangsa, YU, ditemukan dengan tubuh berlumuran darah dan kedua-dua tangannya dipotong. Bayi yang baru dilahirkannya pula ditemui berada di sisi mayat tanpa pengawasan.
“Tangkapan pada awalnya mendapat tentangan daripada ahli keluarga suspek.
“Kami merampas sebilah parang sepanjang 60 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu jiran berdekatan, Mahani, memaklumkan pasangan itu baru sahaja mengadakan kenduri doa selamat sempena majlis potong jambul sehari sebelum kejadian.
“Tak sangka selepas kenduri itu, kami dikejutkan dengan berita kematian YU. Dia masih dalam pantang, dan ini sangat mengejutkan,” jelasnya.
Kes kini dalam siasatan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan motif pembunuhan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |