BERITA SEMASA

Wang lebih RM150,000 lesap akibat ditipu pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat di Temerloh berputih mata apabila wang RM156,424 miliknya lesap selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun itu ditawarkan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp, September lalu.

Katanya, suspek menawarkan pelaburan iaitu pertukaran mata wang asing dengan pelaburan berjumlah RM10,000 yang akan mendapat pulangan sehingga 20 peratus pada setiap bulan.

“Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan, mangsa melakukan 18 kali transaksi kepada empat akaun bank yang berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM156,424.73 bagi tempoh 24 September hingga 18 Disember lalu.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan RM7,000 untuk mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan berkenaan.

“Siasatan mendapati, sumber kewangan daripada simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button