Berita Semasa

Waktu bekerja penjawat awam Pahang pada Jumaat setiap Ramadan berakhir 12.30 tengah hari

KUANTAN – Waktu bekerja bagi penjawat awam seluruh negeri Pahang setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan ini berakhir pukul 12.30 tengah hari.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, keputusan ini bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam beragama Islam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Titah baginda, keputusan itu turut dipersetujui dan diluluskan kerajaan negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, 5 Februari lalu, lapor portal Buletin TV3.

:Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadan, disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.

“Saya berharap semua akan menunaikan solat Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula,” titah baginda ketika menyempurnakan perasmian penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan peringatan supaya Ramadan yang bakal tiba dijadikan sebagai waktu dan medan terbaik kembali kepada fitrah serta mengurangkan tumpuan kepada isi hal dunia.

“Saya juga tidak terlepas dalam menghidupkan pembacaan dan mentadabbur ayat suci al-Quran bersama-sama pegawai dan staf di Istana Abdulaziz.

“Sesungguhnya, al-Quran itu bukan sekadar dibaca tetapi difahami dan dihayati maknanya. IImu al-Quran ini wajib dipelajari secara bertalaqi, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diajarkan oleh malaikat Jibril,” titah baginda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button