BERITA SEMASA

[VIDEO] ‘Walau mohon maaf, pegawai bertanggung jawab harus diambil tindakan’ – Ahmad Zahid

CYBERJAYA – Isu paparan Jalur Gemilang yang tidak cukup sifat tidak sepatutnya berulang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memohon maaf susulan kesilapan imej dalam Laporan Analisis Keputusan SPM 2024 itu, pegawai terlibat perlu dikenakan tindakan kerana isu ini membabitkan imej jata negara.

@malaysiatribune

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kesilapan paparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis SPM 2024 hari ini, tidak sepatutnya berlaku. “Tindakan tegas dan serta-merta sudah diambil terhadap semua pihak terbabit, namun kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. “Perkara ini tidak ada kompromi dan saya fikir sepatutnya ia tidak berulang kerana membabitkan imej negara,” kata Ahmad Zahid, hari ini. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Tindakan tegas dan serta-merta sudah diambil terhadap semua pihak terbabit, namun kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

“Jika kita boleh ambil tindakan kepada sebuah media cetak yang terbabit (sebelum ini) kenapa kita tidak boleh ambil tindakan kepada agensi kerajaan sendiri.

“Perkara ini tidak ada kompromi dan saya fikir sepatutnya ia tidak berulang kerana membabitkan imej jata negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 2025, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Laporan media sebelum ini menyebut, KPM sudah memohon maaf atas kesilapan imej yang dijana kepintaran buatan (AI) dalam laporan yang dibentangkan pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa turut dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan menyiasat kesilapan itu sama ada ia disengajakan atau sebaliknya setelah laporan diterima.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button