BERITA SEMASA

Video tular penjawat awam ‘mengamuk’ adalah simulasi anggota keselamatan hadapi provokasi – JPA

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan video tular melibatkan sekumpulan audiens dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ialah video lama membabitkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan situasi serangan provokatif.

Menurut JPA, penularan video 1 minit 10 saat di pelbagai laman media itu dilakukan dengan niat membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

“JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai awam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah JPA, orang awam diseru supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam sebagai barisan hadapan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button