
Video promosi VM2026 dibahagi mengikut zon – Tiong King Sing
KUALA LUMPUR – Video promosi Visit Malaysia 2026 (VM2026) akan dibahagikan kepada beberapa bahagian lebih pendek atau mengikut “zon” bagi memudahkan tontonan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata, video asal berdurasi 40 minit itu akan dipecahkan kepada beberapa zon yang merangkumi dua hingga tiga negeri setiap satu.
“Video ini memang agak panjang. (Sebab itu) kita minta pihak produksi melakukan ‘zoning’. Untuk mereka yang merasakan video ini terlalu panjang, kita telah membahagikannya mengikut zon,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran video promosi VM2026 di sini hari ini.
Menurutnya, lima video berdurasi 10 minit telah dihasilkan berdasarkan lima wilayah utama negara, iaitu tengah, utara, selatan, timur Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak.
Tiong turut memaklumkan bahawa video promosi ini akan dikemas kini setiap tiga bulan bagi menambah lokasi pelancongan baharu dan memastikan kandungannya relevan.
Sebelum ini, beliau mendedahkan bahawa kos penuh penghasilan video promosi VM2026 adalah sebanyak RM1.9 juta.
Terdahulu, video promosi tersebut mencetuskan kontroversi susulan kritikan daripada pembangkang yang mendakwa ia gagal menampilkan elemen masyarakat Muslim di Malaysia kerana lebih memberi fokus kepada rumah ibadat bukan Islam.
Susulan itu, Tiong mengumumkan bulan lalu bahawa video berkenaan akan diolah semula bagi memasukkan elemen rumah ibadat Muslim sebagai sebahagian daripada usaha memperbaiki kandungan promosi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |