
[VIDEO] Pengguna media sosial sudah buat laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan
KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial memberitahu sudah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam mengenai satu aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini hari ini.
Terdahulu, individu yang menggunakan nama Rizuwan Rosly di Facebook itu turut berkongsikan beberapa video di akaunnya mengenai aktiviti itu sambil meluahkan kebimbangannya.
Dia memberitahu, pada awalnya dia menyangka sekumpulan individu yang memakai pakaian serba putih itu berzikir di salah sebuah kubur di tanah perkuburan berkenaan.
Namun, lama-kelamaan dia mengakui keadaan itu agak aneh dan mendakwa kumpulan terbabit kelihatan seolah-olah sedang melakukan ritual pemujaan.
“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memujalah pula. Ini kubur dekat Danau Kota,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
@malaysiatribune Tingkahlaku sekumpulan individu di kawasan perkuburan dipercayai di Danau Kota, Setapak undang tanda tanya. Ada tak orang Danau Kota yang boleh sahkan? #malaysiatribune
Dalam ruangan komen, dia kemudiannya memaklumkan sudah membuat laporan.
“Laporan telah dibuat. Akan dibawa ke Jabatan (Agama) Islam, biar pihak berkenaan buat kerja. Biar Jabatan Agama Islam yang tentukan hukum hakamnya,” tulisnya.
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media atau penjelasan dikeluarkan pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengenai video yang menjadi tular itu
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |