BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANMALAYSIA MADANIPMX

[VIDEO] Kerajaan belum sedia laksana GST

LUMUT – Kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia akan memberi kesan kepada semua terutamanya golongan miskin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GST adalah cukai menyeluruh yang akan dikenakan secara sama rata kepada semua pengguna tanpa mengira pendapatan.

“GST ini anda kenakan cukai pada semua orang… walaupun ia efisien, lebih mudah tak payah pening-pening kepala, senang saja enam peratus semua bayar.

“Tapi saya nak tanya, kalau enam peratus itu semua kena bayar, mengapa orang miskin, orang menganggur kena bayar?” katanya.

@malaysiatribune

Kata PM@anwaribrahimofficial, kerajaan ambil pendirian untuk tidak perkenal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana ia akan membebankan masyarakat terutamanya golongan miskin. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak, di sini hari ini.

Walaupun terdapat cadangan daripada pelbagai pihak terutamanya pembangkang yang mengatakan bahawa GST lebih baik, kerajaan mengambil pendirian untuk menangguhkannya kerana tidak mahu membebankan rakyat yang masih berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.

“Sebab itu kita kata belum bersedia (laksana) GST ini. Kalau esok ekonomi kita dah meningkat, gaji minima semua RM4,000 ke atas, cukailah GST pun. Jadi saya minta tangguh ini (GST), (jangan) dibuat jadi bahan politik,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button