
Video asal ceramah disunting – Dr Solehah
CYBERJAYA – Seorang ilmuwan hari ini tampil menepis tuduhan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah berasal dari Tanah Melayu.
Menurut Prof. Dr. Solehah Yaacob, video asal ceramahnya yang berjudul ‘Peranan Wanita Islam di bumi Melayu’ telah disunting individu tidak bertanggung jawab menyebabkan isi ceramah tersebut lari dari konteks asal.
“Saya tidak pernah menyebut Khadijah berasal dari Tanah Melayu.
“Tajuk video ‘Khadijah al-Khuwailid adalah dari alam melayu’ hanya dibuat oleh individu yang cut atau potong sebahagian daripada video ceramah saya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Jelasnya, isi kandungan asal ceramahnya, antara lain tidak menyebut Saiditina Khadijah berasal dari Alam Melayu, cuma beberapa catatan menyebut alam Melayu pernah membantu memberi emas kepada tanah Hijaz, dan fakta ini sudah lama berlaku semenjak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.
“Bagi mereka yang kurang menelaah atau tidak pernah tahu beberapa catatan klasik mengaitkan peranan orang Melayu yg cukup besar di bumi Arab.
“Nasihat saya kita jangan cepat melatah terhadap maklumat yang pelik di telinga kita, kemungkinan kita pun kurang mengkaji dan menelaah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



