BERITA SEMASA

Veteran ATM hadapi masalah kiraan pencen diminta buat aduan kepada JHEV

KUALA LUMPUR – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai sebarang masalah berhubung kiraan pencen diminta untuk tampil membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Susulan perkara itu, Adly berkata, pihak JHEV telah membuka ‘bilik perang’ bagi memberi penjelasan dengan lebih lanjut berhubung isu kiraan pencen berkenaan.

“Jika ada persoalan berbangkit bagi pendapatan atau kaedah pengiraan itu saya fikir JHEV sentiasa terbuka untuk terima aduan mahupun bagaimana pengiraan dibuat.

“Oleh sebab itu, sejak sebelum penyelaras pencen itu, anggota veteran kita memang diberi makluman tentang kaedah pengiraan dan bagaimana mereka boleh dapatkan formula pengiraan itu,” jelas Adly.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Hi-Tea JHEV yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Kahled Nordin di ibu negara, hari ini.

Pada 23 Disember lalu, media melaporkan kira-kira 30 orang bekas tentera hadir ke JHEV Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kiraan pencen.

Ada dalam kalangan bekas tentera itu mendakwa bahawa mereka tidak menerima kenaikan sebanyak lapan peratus susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Pada 7 November tahun lalu, Mohamed Khaled berkata, veteran ATM yang berpencen sebelum Januari 2013 akan menerima kenaikan pencen sebanyak 15 peratus melalui dua pelarasan bermula Disember ini.

Beliau berkata, ia dibuat susulan pelaksanaan SSPA yang bermula 1 Disember tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button