BERITA SEMASASUKAN

Uzbekistan, Jordan catat sejarah layak ke Piala Dunia

DUBAI – Uzbekistan dan Jordan melakar sejarah baharu dunia bola sepak apabila layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama.

Uzbekistan, antara pasukan kebangsaan Asia yang sedang meningkat naik dengan pantas, seri 0-0 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi untuk merebut tempat automatik kedua dalam Kumpulan A.

Bagaimanapun, kedudukan pendahulu kumpulan masih terbuka selepas Iran yang sudah layak terlebih dahulu tewas 0-1 kepada Qatar di Doha, semalam

Dalam Kumpulan B, Korea Selatan mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Iraq 2-0 di Basra.

Kemenangan Korea Selatan hadir menerusi jaringan Kim Jin-gyu dan Oh Hyeon-gyu pada separuh masa kedua permainan.

Keputusan ini menyaksikan Korea Selatan merampas semula tangga teratas daripada Jordan, yang sebelum itu menewaskan Oman 3-0.

Untuk rekod, dua pasukan teratas bagi setiap tiga kumpulan Asia layak secara automatik ke Piala Dunia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan beraksi di pusingan keempat kelayakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button